JKM Melaka kemuka permohonan jaga dua anak suspek kes dera

Antara laporan Sinar Harian berkaitan kes seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya pada petang Jumaat.
Antara laporan Sinar Harian berkaitan kes seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya pada petang Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan sementara terhadap dua adik-beradik kanak-kanak berusia tujuh tahun yang meninggal dunia disyaki akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya di Taman Krubong Jaya pada Jumaat lepas.

Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Melaka, Datuk Latipah Omar berkata, permohonan itu akan dibuat pada Isnin bagi memastikan kebajikan dua beradik tersebut terpelihara.

"Suspek dikatakan mempunyai tiga lagi anak dan seorang daripada mereka dijaga oleh nenek wanita berkenaan manakala dua lagi (selain mangsa) tinggal bersamanya.

"JKM Melaka akan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan hak penjagaan sementara untuk menjaga kedua-dua adik-beradik ini sehingga kes berkenaan selesai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menziarahi ibu angkat mangsa, Norlida Abu Hassan, 50, di sebuah inap desa di Jalan Sungai Putat di sini pada Ahad.

Bagaimanapun, Latipah tidak mendedahkan jantina dan umur adik-beradik mangsa yang lain. - Bernama

Artikel Berkaitan: