X

Kindly register in order to view this article
!

Perhimpunan Agung UMNO mungkin dibuat secara maya

Ahmad Maslan
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberi bayangan perhimpunan agung parti akan diadakan secara maya jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat masih berkuat kuasa.

Bagaimanapun Ahmad berkata, tarikh perhimpunan seperti yang lazimnya diadakan secara besar-besaran itu akan dimaklumkan kemudian seiring dengan perubahan berikutan pandemik Covid-19.

“Mesyuarat pengurusan dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan tetapkan bila akan diadakan Perhimpunan Agung. Jika PKP dan darurat masih ada, kami akan buat juga secara maya. Kaedahnya akan diberitahu.

“UMNO akan terus mara untuk rakyat Malaysia walau sebesar mana pun cabaran. Perjuangan tetap kita teruskan,” katanya di laman Twitter pada Ahad.

Pada 12 Januari, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos ini atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif pandemik Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Perkenan tersebut diberikan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet dan mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu.

Berikutan itu, pada 18 Januari, Ahmad dalam kenyataannya berkata, Perhimpunan Agung UMNO tahun ini yang dijadualkan berlangsung 30 dan 31 Januari ditangguhkan selaras perisytiharan darurat dan pelaksanaan PKP kedua.

“Dimaklumkan juga bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju agar pemilihan UMNO akan diteruskan di semua peringkat seperti yang dijadualkan pada tarikh yang sesuai pada tahun 2021 ini.

“Adalah diingatkan agar ahli-ahli UMNO sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!