Tetapkan harga gajet, peranti elektronik

Hanizah Abdul Majid, 38, membantu anaknya, Dhiya Hannah Mirza Umi Azilani, 10, untuk mendapat rangkaian internet di halaman rumahnya bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika tinjauan di Kampung Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam baru-baru ini. - Foto Bernama
Hanizah Abdul Majid, 38, membantu anaknya, Dhiya Hannah Mirza Umi Azilani, 10, untuk mendapat rangkaian internet di halaman rumahnya bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika tinjauan di Kampung Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam baru-baru ini. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan perlu menetapkan harga pasaran gajet dan peranti elektronik berada pada harga yang paling minimum.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Johor, Mohd Tarmizi A Razak berkata, ini kerana terdapat pihak yang mula mengambil kesempatan menaikkan harganya ketika kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan ketika ini.

"Contohnya sebuah tablet mampu milik yang berjenama boleh diperoleh dengan harga RM399 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 diumumkan, namun sudah mencecah harga RM599 sebaik sahaja proses PdPR dijalankan seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN: PdPR tidak bergantung pada gajet sepenuhnya

Kelam-kabut cari komputer sebab PdPR

PdPR: Guru hilang kawalan

"Ini amat memberi kesan kepada keluarga mempunyai lebih daripada seorang anak yang bersekolah dan juga boleh menjejaskan potensi serta peluang pelajar untuk mengikuti PdPR dengan sempurna," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu kenaikan harga peranti seperti komputer riba dan tablet mula disuarakan dalam kalangan ibu bapa yang kini terpaksa mencari kelengkapan itu bagi memenuhi keperluan PdPR anak-anak mereka.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu beberapa syarikat memberi alasan, kenaikan harga disebabkan kekurangan stok dan kenaikan kos logistik dari negara pengeluar.

Mohd Tarmizi berkata, kawalan harga ataupun penetapan harga siling bagi gajet dan peranti elektronik yang berkait secara langsung dengan PdPR adalah amat perlu dilaksanakan bagi memberi peluang ibu bapa memilikinya.

Mohd Tarmizi
Mohd Tarmizi

Menurutnya, gajet dan peranti elektronik mampu milik harus diwujudkan untuk digunakan sepanjang PdPR berjalan.

Selain itu beliau berkata, GPMS Johor mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk mengambil inisiatif memberikan baucar gajet ataupun peranti elektronik antara RM100 hingga RM200 kepada pelajar yang berkelayakan.

Katanya, ini bagi memastikan mereka mampu memiliki gajet dan peranti elektronik bersesuaian untuk mengikuti proses pembelajaran mereka.

Beliau berharap, kawalan harga serta baucar bagi gajet dan peranti elektronik akan mengurangkan beban dan tekanan ibu bapa yang terkesan daripada segi pendapatan keluarga sejak pandemik Covid-19.