MB untuk semua

Awang setuju dengan kawan setugas Awang, Merak Jalanan yang ingatkan MB Kedah bahawa beliau ialah MB untuk semua, bukan satu kaum atau satu agama sahaja.
Awang setuju dengan kawan setugas Awang, Merak Jalanan yang ingatkan MB Kedah bahawa beliau ialah MB untuk semua, bukan satu kaum atau satu agama sahaja.
A
A
A

KADANG-KADANG Awang fikir pemimpin politik sengaja cari pasal. Benda yang tenang dikocakkan.

Yang bukan masalah dijadikan masalah. Macam dalam kes yang babitkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam isu perayaan Thaipusam.

Awang setuju dengan kawan setugas Awang, Merak Jalanan yang ingatkan MB Kedah bahawa beliau ialah MB untuk semua, bukan satu kaum atau satu agama sahaja.

Apalah salah dikekalkan perayaan Thaipusam sebagai cuti negeri? Sekurang-kurangnya tanda hormat pada penganut agama Hindu.

Kata MB Kedah dasar jadikan Thaipusam cuti umum di negeri itu hanya dibuat pada tahun 2017.

Kalau dikekalkan tak jadi apapun.

Mengapa wujudkan kontroversi dan keresahan di kalangan penganut agama Hindu di negeri itu?

Ramai orang kaitkan keputusan itu sebagai keputusan Pas.

Artikel Berkaitan:

Banyak yang duga hal itu akan berlaku.

Apakah itu bukti bahawa Pas tak toleransi pada agama lain?

Awang kesian pada Tan Sri Perdana Menteri. Ia satu lagi masalah pada beliau.

MB kenalah lindungi Tan Sri Perdana Menteri walaupun beliau dari parti lain. Tak sudah-sudah masalah yang dia hadapi.

Apa pula pandangan masyarakat India terhadap kerajaannya dalam kes ini.

Pemimpin peringkat negeri biarkan hutan diteroka, alam sekitar dirosakkan, kocakkan keharmonian kaum, buat dasar yang rakyat marah semata-mata nak tunjuk mereka ada taring dan kuasa.