Iraq tutup kem pelarian di Kirkuk

Pelarian mula mengosongkan beberapa kem di Kirkuk.
Pelarian mula mengosongkan beberapa kem di Kirkuk.
A
A
A

BAGHDAD - IRAQ. Pihak berkuasa Iraq telah menutup kem pelarian di utara Kirkuk selepas penghuninya telah kembali ke kampung halaman masing-masing, menurut seorang pegawai tempatan semalam.

"Kira-kira 402 pelarian di kem Nizrawa telah berpindah semula ke rumah masing-masing selepas kumpulan militan Daesh di daerah Hawija telah ditumpaskan," kata Sattar Nawruz, pegawai kanan Imigresen dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, baki pelarian yang masih berada di beberapa kem pelarian di Kirkuk akan kembali ke kawasan asal mereka dalam beberapa hari akan datang.

Pada Disember 2017, pegawai di Baghdad mengisytiharkan bahawa kehadiran Daesh di Iraq telah dihapuskan selepas operasi ketenteraan besar-besaran dengan bantuan Amerika Syarikat yang menyasarkan kumpulan tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: