Sekurang-kurangnya empat terbunuh, hospital Covid-19 terbakar

Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kebakaran di Hospital Matei Bals di Bucharest, Romania pada Jumaat. - Foto Reuters
Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kebakaran di Hospital Matei Bals di Bucharest, Romania pada Jumaat. - Foto Reuters
A
A
A

ANKARA - Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kebakaran di sebuah hospital di Bucharest, Romania, pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

Kebakaran berlaku di Hospital Matei Bals, antara hospital terbesar di bandar ini yang menempatkan pesakit Covid-19.

Kira-kira 102 orang telah dipindahkan dari hospital, menurut Agensi Berita Romania, Agerpres.

Pendakwa di Bukares membuka kertas siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran itu, kata Agerpres. - Bernama

Artikel Berkaitan: