Qatar tuduh Bahrain ceroboh ruang udara

Duta khas Qatar ke PBB, Sheikh Alya Ahmad Saif Al-Thani
Duta khas Qatar ke PBB, Sheikh Alya Ahmad Saif Al-Thani
A
A
A

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Kerajaan Qatar menuduh jet pejuang Bahrain menceroboh ruang udaranya dan mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengambil langkah tegas.

Agensi berita Qatar semalam berkata, duta Qatar ke PBB, Sheikh Alya Ahmad Saif Al-Thani telah menyerahkan surat kepada Setiausaha Agung badan dunia itu bagi memaklumkan pencerobohan tersebut yang berlau pada Disember tahun lalu.

Dalam surat berkenaan, Sheikh Alya mengutuk keras tindakan Bahrain dan mendakwa ia adalah pelanggaran serius undang-undang antarabangsa secara terang-terangan.

Sheikh Alya turut mendesak PBB supaya mengambil tindakan perlu bagi menghentikan pencerobohan tersebut kerana ia telah berulang kali berlaku.

Kedua-dua negara memutuskan hubungan diplomatik pada Jun 2017 selepas Arab Saudi menuduh Qatar menyokong aktiviti keganasan.

Qatar secara tegas dan berulang kali menafikan tuduhan berkenaan. - Agensi

Artikel Berkaitan: