Turki desak China tutup kem tahanan Uighur

Abdurehim Heyit yang dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana karyanya, meninggal pada tahun kedua dipenjarakan.
Abdurehim Heyit yang dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana karyanya, meninggal pada tahun kedua dipenjarakan.
A
A
A

ANKARA - TURKI. Turki telah meminta China supaya menutup kem tahanannya selepas pemuzik terkenal Uighur meninggal dunia dalam tahanan.

Difahamkan, Abdurehman Heyit telah dijatuhi hukuman lapan tahun penjara di wilayah Xinjiang, di mana kira-kira sejuta etnik Uighur dilaporkan ditahan.

Beijing bagaimanapun berkata, kemudahan itu adalah 'pusat pendidikan vokasional' bertujuan untuk membantu etnik minoriti daripada terjebak dalam keganasan dan mengintegrasi mereka dalam masyarakat.

“Kami berasa kesal dan sedih sekali yang pemuisi bermaruah Abdurehim Heyit, yang dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana karyanya, meninggal pada tahun kedua dipenjarakan.

“Kejadian tragis ini seterusnya menguatkan lagi reaksi Turki kepada pencabulan hak asasi yang serius di wilayah Xinjiang," kata jurucakap Kementerian Luar Turki, Hami Aksoy dalam satu kenyataan.

Susulan itu, Turki mendesak masyarakat antarabangsa dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)Antonio Guterres untuk mengambil tindakan berkesan menamatkan tragedi kemanusiaan di wilayah Xinjiang. - BBC

Artikel Berkaitan: