Basuki Tjahaja Purnama sertai PDI-P

BTP mendakwa parti tersebut sesuai dengan ideologinya.
BTP mendakwa parti tersebut sesuai dengan ideologinya.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau BTP telah menyertai Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) secara rasmi, sekali gus menamatkan spekulasi sama ada beliau akan kembali menyertai politik selepas dipenjarakan hampir dua tahun kerana menghina agama Islam.

BTP mengumumkan keputusannya di Bali pada Jumaat lalu susulan mesyuarat bersama pemimpin parti di pulau peranginan terbabit.

"Saya pernah fikirkan tentang ini. Saya selalu menjadi penyokong mereka," ujarnya.

Jelasnya lagi, beliau memilih PDI-P kerana parti tersebut sesuai dengan ideologinya.

Eksekutif PDI-P, I Nyoman Adi Wiryatama berkata, BTP telah menjadi anggota rasmi PDI-P sejak 26 Januari lalu iaitu dua hari selepas beliau dibebaskan.

PDI-P turut dianggotai Presiden Joko Widodo atau Jokowi dan Djarot Saeful Hidayat.

BTP pernah menjadi timbalan gabenor sebelum jawatan itu diambil alih Djarot ketika Jokowi dilantik sebagai presiden pada 2014. - Jakarta Post

Artikel Berkaitan: