Masjid, surau di NS diarah adakan bacaan Yasin, solat taubat

Mohd Zaidi Ramli
Mohd Zaidi Ramli
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengarahkan semua jawatankuasa kariah masjid dan surau melaksanakan bacaan Yasin dan solat taubat bagi memohon kesejahteraan daripada wabak Covid-19 secara serentak, selepas solat Maghrib pada Khamis.

Pengarahnya, Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan jangkitan kes Covid-19 dilihat semakin meningkat di negeri berkenaan dan di seluruh negara.

"JHEAINS sentiasa memberi perhatian kepada perkembangan semaşa berkaitan penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

"Peningkatan kes secara mendadak telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat dan sehubungan dengan itu, JHEAINS mengarahkan Jawatankuasa Kariah Masjid dan Jawatankuasa Surau melaksanakan bacaan Yasin, solat taubat serta amalan memohon kesejahteraan daripada wabak secara serentak di semua masjid dan surau seluruh Negeri Sembilan pada malam ini (Khamis) selepas Maghrib," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, masjid dan surau juga disaran melazimi amalan memohon kesejahteraan daripada wabak, setiap kali selepas menunaikan solat fardu, di samping memastikan jemaah mematuhi prosedur operasİ standard (SOP) yang dikeluarkan oleh JHEAINS dan pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan: