Hamzah pulih Covid-19, dibenar keluar hospital

Datuk Seri Hamzah Zainudin
Datuk Seri Hamzah Zainudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad lepas setelah disahkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19.

Setiausaha Akhbar beliau, Zulkifli Bujang yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata, Hamzah juga berada dalam keadaan baik.

Hamzah disahkan positif Covid-19 pada 12 Januari lalu dan menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). - Bernama

Artikel Berkaitan: