Belanda berdepan gelombang kedua rusuhan antiperintah berkurung

Beberapa anggota bomba berjaya memadamkan api yang berpunca daripada para penunjuk perasaan yang menentang pelaksanaan perintah berkurung di Rotterdam pada Isnin. - Foto AFP
Beberapa anggota bomba berjaya memadamkan api yang berpunca daripada para penunjuk perasaan yang menentang pelaksanaan perintah berkurung di Rotterdam pada Isnin. - Foto AFP
A
A
A

THE HAGUE - Belanda dilanda gelombang kedua rusuhan bagi membantah pelaksanaan perintah berkurung bagi membendung penularan Covid-19 pada Isnin di beberapa buah bandar di negara itu.

Polis antirusuhan bertempur dengan para penunjuk perasaan di Amsterdam termasuk di bandar pelabuhan Rotterdam apabila sejumlah orang memecahkan tingkap-tingkap kedai dan menjarah barang yang terdapat di dalamnya.

Rusuhan juga berlaku di Amersfoort di timur Belanda, bandar Geleen dekat Maastricht, The Hague dan Den Bosch, menurut polis dan laporan-laporan berita.

Lebih 70 orang ditangkap, kata laporan berita NOS.

Menerusi ciapan di Twitter, polis Geleen memberitahu pihaknya berhadapan dengan golongan muda yang melontar bunga api.

Di Rotterdam, polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan para penunjuk perasaan, kata laporan berita NOS.

Datuk Bandar Rotterdam, Ahmed Aboutaleb mengeluarkan dekri darurat bagi membolehkan pihak polis memperoleh kuasa yang lebih luas dengan membuat tangkapan.

"Ini ialah satu permintaan segera kepada semua (orang) supaya meninggalkan kawasan ini (kawasan rusuhan)," kata majlis bandar raya itu menerusi Twitter.

Artikel Berkaitan:

Imej-imej di media sosial menunjukkan para perusuh menjarah sebuah kedai di Den Bosch dan seorang jurugambar dipukul di kepala di Haarlem selepas seorang perusuh yang marah mengejarnya dan membaling seketul bata ke arahnya.

Perdana Menteri Belanda, Mark Hutte telah memberikan komen dengan menganggap rusuhan itu sebagai keganasan jenayah pada malam Ahad iaitu hari pertama kejadian itu berlaku.

Pada malam pertama itu juga, pihak polis menganggap ia sebagai rusuhan terburuk dalam tempoh 40 tahun.

Polis menangkap 250 orang selepas menggunakan meriam air dan gas pemedih mata semasa tunjuk perasaan diadakan di Amsterdam, Eindhoven dan beberapa bandar lain pada Ahad, kata media tempatan.

Lewat Isnin, datuk-datuk bandar di beberapa bandar di Belanda mengumumkan mereka akan memperkenalkan langkah-langkah darurat sebagai usaha mengekang rusuhan tersebut.

Pada malam pertama lalu, para perusuh mencuri barangan di kedai-kedai, membakar kereta, sebuah pusat bagi menguji penyakit Covid-19 dalam kalangan penduduk dibakar selepas perintah berkurung dilaksanakan di negara itu pada lewat Sabtu lalu yang diperkenalkan semula sejak meletusnya Perang Dunia Kedua.

Sehingga kini, lebih 13,500 orang telah meninggal dunia akibat Covid-19 di Belanda. - AFP