Guaido tekad bawa masuk bantuan kemanusiaan

Ketua pembangkang Venezuela, Juan Guaido. - Foto AFP
Ketua pembangkang Venezuela, Juan Guaido. - Foto AFP
A
A
A

CARACAS - VENEZUELA.Ketua pembangkang Venezuela, Juan Guaido tekad untuk membuka laluan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan memasuki negara berkenaan.

Guaido yang mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku presiden, menyeru sukarelawan untuk membantu pengedaran bantuan terbabit.

Sementara itu, seorang pegawai kerajaan, Freddy Bernal berkata, niat Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyokong Guaido, hanya sekadar untuk mendapat kepentingan daripada industri minyak Venezuela.

Menurut Bernal lagi, mengikut perlembagaan Venezuela, rakyat mempunyai hak dan tanggungjawab mempertahankan sempadan dengan cara aman.

Terdahulu, bantuan kemanusiaan dari AS gagal melepasi sempadan Venezuela berikutan tindakan pasukan tentera menyekat laluan di Jambatan Antarabangsa Simon Bolivar, yang terletak di Tienditas.

Dalam pada itu, Presiden Nicolas Maduro yang mendapat sokongan tentera, masih tetap dengan pendirian enggan menerima sebarang bantuan antarabangsa.- BBC

ARTIKEL BERKAITAN: Bantuan kemanusiaan AS kandas di sempadan

ARTIKEL BERKAITAN: Guaido tidak tolak campur tangan tentera AS di Venezuela

Artikel Berkaitan: