Polis siasat pesakit Covid-19 ingkar kuarantin, bebas keluar rumah

Hantaran lelaki terbabit di media sosial Facebook yang mendakwa dirinya keluar ke tempat awam walaupun disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
Hantaran lelaki terbabit di media sosial Facebook yang mendakwa dirinya keluar ke tempat awam walaupun disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis sedang menyiasat kes tular seorang individu yang mendakwa dirinya keluar ke tempat umum walaupun disahkan positif Covid-19.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya menerima satu laporan polis oleh seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Saya sahkan kita ada terima satu laporan yang dibuat seorang doktor.

"Kita akan siasat kes ini di bawah Seksyen 12 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Terdahulu, satu hantaran di Facebook baru-baru ini yang dipercayai dimuat naik seorang lelaki memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 selepas melakukan saringan di sebuah klinik di Pandan Perdana, Ampang pada 20 Januari lalu.

Lelaki itu bagaimanapun mendakwa dia tidak dihubungi Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat selepas tiga hari disahkan positif.

Dalam nada marah, lelaki itu memberitahu sepanjang tempoh berkenaan, dia bebas keluar rumah termasuk membeli makanan dan membeli-belah, sekali gus menyebarkan virus terbabit kepada orang ramai.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati rata-rata netizen amat tidak bersetuju dengan tindakan lelaki berkenaan kerana boleh merisikokan individu lain terutama golongan tua serta anak kecil.

Artikel Berkaitan: