Terlebih tekan pedal minyak, van rempuh cermin kedai

Dinding kaca kedai serbaneka di sebuah stesen minyak pecah selepas dirempuh van yang dipandu remaja lelaki di Sitiawan pada Sabtu. - Foto ihsan pembaca
Dinding kaca kedai serbaneka di sebuah stesen minyak pecah selepas dirempuh van yang dipandu remaja lelaki di Sitiawan pada Sabtu. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

LUMUT - Sebuah van yang dipandu seorang lelaki merempuh dinding kaca kedai serbaneka dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Batu 6, Lekir, Sitiawan pada Sabtu.

Ketika kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu, pemandu berusia 18 tahun berkenaan baru sahaja selesai mengisi petrol kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, sebaik sahaja mahu memulakan perjalanan, pemandu itu terus tertekan pedal minyak van Toyota Hiace hingga menyebabkan kenderaannya hilang kawalan dan melanggar dinding kaca premis terbabit.

“Semasa kejadian terdapat beberapa orang pelanggan di dalam kedai tersebut namun tiada kecederaan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurutnya, premis itu mengalami kerosakan pada dinding kaca manakala pemandu van terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Lelaki itu ditahan dan ujian air kencing didapati negatif dadah. Pemeriksaan lanjut mendapati dia tidak mempunyai lesen memandu.

“Tindakan saman dikeluarkan dan kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59,” katanya.

Artikel Berkaitan: