Lion Air: Juruterbang lapor masalah kawalan penerbangan

Timbalan Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT), Haryo Satmiko (dua, kanan) menyampaikan laporan awal berkaitan nahas pesawat Lion Air dalam sidang media di Jakarta hari ini. - Foto AFP
Timbalan Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT), Haryo Satmiko (dua, kanan) menyampaikan laporan awal berkaitan nahas pesawat Lion Air dalam sidang media di Jakarta hari ini. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA . Juruterbang Lion Air sempat memberitahu kawalan trafik udara bahawa ia mengalami ‘masalah kawalan penerbangan’ sejurus sebelum terhempas ke perairan Laut Jawa bulan lalu, kata pasukan penyiasat Indonesia hari ini.

Menjelang siaran laporan pertamanya, Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT), memberikan butiran terperinci mengenai masalah dihadapi juruterbang dalam mengawal penerbangan Boeing Co 737 MAX sebelum ia terhempas pada 29 Oktober lalu, mengorbankan semua 189 penumpang dan anak kapal.

Dalam penerbangan awal pagi itu, seorang daripada juruterbang meminta pengawal trafik mengesahkan ketinggian dan kelajuan pesawat berkenaan.

Juruterbang kemudian melaporkan mereka berhadapan ‘masalah kawalan penerbangan’.

Minggu lalu, penyiasat KNTK, Nurcahyo Utomo, memberitahu Parlimen bahawa Sistem Peningkatan Ciri Pemanduan (MCAS), ubahsuai automatik baru kepada model yang terhempas itu, diaktifkan dan meyebabkan pesawat berkenaan menjunam untuk mengelakkan ia berhenti tiba-tiba.

Artikel Berkaitan:


Sistem pesawat itu mengesan ia berhenti tiba-tiba disebabkan kerosakan penunjuk dan memberikan amaran kepada kapten menerusi ‘stick shaker’ (peranti mekanikal) yang menggegarkan kawalan.