X

Kindly register in order to view this article
!

RTM sedia saluran pendidikan khas

Datuk Saifuddin Abdullah - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan melancarkan satu saluran khas berbentuk pendidikan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran murid di rumah (PdPR) semasa dan pasca covid-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, RTM sememangnya sudah ada pengalaman dalam menyediakan TV Pendidikan sejak 1972 hingga 2008 dan pihaknya menjangkakan saluran baharu itu dapat disediakan pada suku pertama tahun ini.

"Semasa (pelaksanaan) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama juga kita ada kelas di rumah dua sesi iaitu dua jam pada waktu pagi dan dua jam pada waktu petang menggunakan saluran TV Okey.

"RTM sebenarnya sekarang ini pun sedang bersedia dan sudah pun membuat ujian saluran baharu.

"Isi kandungan dalam saluran televisyen itu akan disediakan oleh Kementerian Pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas sidang media penutupan Mesyuarat Menteri-menteri Digital ASEAN Pertama (ADGMIN1) yang berlangsung secara maya di sini hari ini. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!