GPMS minta infrastruktur internet ditingkat

Mohd Izham Ahmad
Mohd Izham Ahmad
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Kerajaan diminta melabur dengan lebih agresif dalam meningkatkan capaian internet di seluruh negara supaya Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu Mohd Izham Ahmad berkata, PdPR merupakan kaedah baharu bagi mengelakkan keciciran ilmu pelajar.

“Kelemahan utama ialah kemampuan kerajaan menyediakan infrastruktur internet yang lengkap termasuk di semua penempatan. Masalah perlu diatasi segera tiada murid keciciran ilmu termasuk di luar bandar

“Selain itu, kerajaan juga perlu mengambil kira kemampuan keluarga murid khususnya bagi golongan B40 menyediakan gajet dan internet dalam melengkapkan proses PdPR anak-anak mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sehubungan itu, GPMS mencadangkan pemberian e-Book yang dihentikan pada tahun 2015 diperkenalkan kembali dan ditambahbaik.

Mohd Izham juga percaya program tersebut boleh memberi banyak manfaat kepada rakyat kurang berkemampuan dalam menghadapi dunia pendidikan norma baharu berikutan pandemik Covid-19.

“Mungkin buat permulaan ini, kerajaan menyasarkan keluarga yang berpendapatan rendahjika kemampuan kewangan menjadi halangan.

“Bagaimanapun, GPMS turut mengucapkan tahniah kepada seluruh warga pendidik di atas semangat mereka dalam menyediakan ilmu buat para pelajar agar hak pembelajaran anak-anak tidak dinafikan,” katanya.

Artikel Berkaitan: