Ebit Lew hadiahkan 100 tablet kepada pelajar memerlukan

Ustaz Ebit Lew menghadiahkan 100 tablet kepada pelajar yang memerlukan bagi mengikuti PdPR. - Foto Facebook Ustaz Ebit Lew
Ustaz Ebit Lew menghadiahkan 100 tablet kepada pelajar yang memerlukan bagi mengikuti PdPR. - Foto Facebook Ustaz Ebit Lew
A
A
A

SHAH ALAM - Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew menghadiahkan 100 tablet kepada pelajar yang memerlukan bagi mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Ebit berkata, sumbangan itu bertujuan membantu pelajar mengikuti pembelajaran kelas secara dalam talian.

“Pohon doakan ya. Baru beli 100 biji tablet (tab) untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan untuk kelas online.

“Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan PdPR bermula pada Rabu bagi membolehkan sesi pembelajaran diteruskan meskipun negara masih berdepan penularan Covid-19 yang belum reda.

Bagaimanapun, pelaksanaan pembelajaran tersebut menimbul pelbagai rungutan daripada ibu bapa kerana tidak mampu untuk menyediakan alat komunikasi kepada anak mereka.

Pohon doakan ya. Baru beli 100 biji Tab untuk di hadiahkan pada pelajar yang memerlukan untuk kelas online. Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Posted by Ebit Lew on Thursday, January 21, 2021