Uncle Kentang beli tablet buat pelajar kurang mampu

Uncle Kentang
Uncle Kentang
A
A
A

PUCHONG - Aktivis Masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang sumbang RM6,000 untuk pembelian tablet (tab) kepada pelajar memerlukan.

Chee Heng menerusi perkongsian di Facebook pada Rabu memaklumkan, beliau selaku Yang Dipertua Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1 menggunakan wang daripada Tabung Amal Uncle Kentang untuk memudahkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

"Tablet tersebut akan diberikan kepada pelajar yang tiada telefon bimbit atau komputer riba untuk belajar secara home-based learning.

"Ini memudahkan pelajar yang ibu bapanya tidak mampu menyediakan kemudahan untuk belajar. Sedih saya," katanya.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan PdPR bermula pada Rabu bagi membolehkan sesi pembelajaran diteruskan meskipun negara masih berdepan penularan Covid-19 yang belum reda.

Artikel Berkaitan: