'Alhamdulillah ada wakil rakyat sudi bantu'

Nor Esah membantu anaknya, Mohd Afizuddin mencuba pakaian sekolah yang baharu di pasaraya Mydin hari ini.
Nor Esah membantu anaknya, Mohd Afizuddin mencuba pakaian sekolah yang baharu di pasaraya Mydin hari ini.
A
A
A

KUANTAN - "Saya sangat hargai, meskipun hanya sepasang baju sekolah baharu diberikan kepada anak-anak,” kata ibu tunggal, Nor Esah Mohd Isa, 45.

Ibu kepada dua anak itu menyuarakan rasa terharu dan kegembiraannya kerana kali pertama menerima bantuan daripada NGO Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar itu.

Menurutnya, dia tidak menyangka apabila kedua-dua anaknya, Mohd Afizuddin Norden, 7, dan Mohd Taufiz Quyyum, 6, terpilih menerima sumbangan terbabit.

“Saya sebenarnya tidak mampu untuk menyediakan keperluan anak-anak sebab saya hanya mengharapkan upah dari mengasuh anak sahaja di sekitar Panching.

“Pendapatan sebulan saya tak banyak iaitu sekitar RM400. Ia hanya cukup untuk menanggung perbelanjaan keluarga kami setiap hari.

Artikel Berkaitan:


"Tapi hari ini, Alhamdulilah ada wakil rakyat (Adun Panching, Mohd Tarmizi Yahaya) sudi membantu. Jujur saya cakap bantuan ini ringankan beban saya,” katanya ketika ditemui Pasaraya Mydin, hari ini