X

Kindly register in order to view this article
!

Lebih 300 anggota ATM bantu polis laksana SJR di Sabah

Mohd Halim ketika lawatannya ke kawasan penugasan anggota ATM di SJR Taman Putrajaya, Telipok pada Selasa.
A
A

KOTA KINABALU - Lebih 300 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikerah untuk membantu polis dalam melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) dan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh Sabah.

Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid berkata, pihaknya akan terus memberi bantuan kepada semua pihak terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memutuskan rangkaian Covid-19 di negeri ini.

"Dalam Ops Penawar, kita masih dalam status membantu polis di mana di seluruh Sabah terdapat 25 SJR yang kita bantu dan 12 pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta dua pos untuk kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Keseluruhannya seramai 300 lebih pegawai dan Lain-Lain Pangkat (LLP) untuk membantu pihak polis mengadakan SJR dan pematuhan SOP PKP supaya kita dapat putuskan rangkaian Covid-19," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan ke kawasan penugasan anggota ATM di sekitar Kota Kinabalu.

Mengulas berhubung ATM yang mempunyai bidang kuasa menahan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar PKP, Mohd Halim berkata, konsep yang diamalkan ketika ini adalah bekerjasama dengan polis.

"Walaupun dalam proklamasi ini bidang kuasa undang-undang diberi sedikit kepada kita tetapi kita teruskan tugas kita bekerjasama dengan PDRM bagi menguatkuasakan undang-undang sedia ada," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!