Veteran Indonesia watak Mak Lampir meninggal dunia akibat Covid-19

AKTRES veteran terkenal Indonesia yang popular menerusi watak Mak Lampir, Farida Pasha dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu akibat jangkitan wabak Covid-19.
Lapor CNN Indonesia, berita sedih tersebut telah dikongsikan oleh cucunya, Ify Alyssa mengenai kematian neneknya itu akibat wabak maut tersebut pada Ahad menerusi Instagram.
“Assalamualaikum. Telah kembali ke Rahmatullah ibunda atau nenek kami, Hajjah Farida Pasha binti Ali Husen pada 16 Januari 2021 pada jam 7.35 malam (waktu tempatan),” katanya.
Ify turut memohon semua pihak untuk memaafkan neneknya jika pelakon hebat tersebut pernah melakukan kesilapan selain menzahirkan ribuan terima kasih atas doa mereka.
"Terima kasih atas segala bentuk perhatian, dukungan, dan doa yang telah disampaikan selama beliau (nenek) sakit hingga saat terakhirnya," ujarnya lagi.
Sementara itu, pengurusan jenazah dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kementerian kesihatan dan lokasi pengebumian telah dirahsiakan oleh ahli keluarga.
Terdahulu, Farida dilahirkan di Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia pada 21 Ogos 1952. Aktres itu terkenal kerana sering membintangi filem bergenre seram dan sangat sinonim dengan watak seorang nenek kebayan bernama Mak Lampir menerusi sinetron bersiri, Misteri Gunung Merapi yang ditayangkan selama tujuh tahun.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Nahas helikopter di Indonesia: Kru yang hilang ditemukan maut
09 November 2026 03:31pmPeti besi misteri tersembunyi dalam rumah agam bekas Presiden Paraguay
09 November 2026 03:03pmTrump beri bayangan tidak sokong calon Republikan pada pilihan raya presiden 2028
09 November 2026 02:43pmEisenkot pelawa Netanyahu sertai kerajaan gabungan
09 November 2026 01:19pmNvidia siasat kontroversi CEO
09 November 2026 01:03pmIsa Isarb ditahan di Indonesia ketika buat dokumentari jerebu, disyaki perisik dari Malaysia
08 November 2026 08:04pmKereta peronda dinaiki dua anggota polis terbabas elak monyet
08 November 2026 08:31pmOperasi padam kebakaran hutan Indonesia bertukar tragedi, helikopter kedua terhempas
08 November 2026 05:32pmAmaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri
08 November 2026 05:41pm
