Veteran Indonesia watak Mak Lampir meninggal dunia akibat Covid-19
AKTRES veteran terkenal Indonesia yang popular menerusi watak Mak Lampir, Farida Pasha dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu akibat jangkitan wabak Covid-19.
Lapor CNN Indonesia, berita sedih tersebut telah dikongsikan oleh cucunya, Ify Alyssa mengenai kematian neneknya itu akibat wabak maut tersebut pada Ahad menerusi Instagram.
“Assalamualaikum. Telah kembali ke Rahmatullah ibunda atau nenek kami, Hajjah Farida Pasha binti Ali Husen pada 16 Januari 2021 pada jam 7.35 malam (waktu tempatan),” katanya.
Ify turut memohon semua pihak untuk memaafkan neneknya jika pelakon hebat tersebut pernah melakukan kesilapan selain menzahirkan ribuan terima kasih atas doa mereka.
"Terima kasih atas segala bentuk perhatian, dukungan, dan doa yang telah disampaikan selama beliau (nenek) sakit hingga saat terakhirnya," ujarnya lagi.
Sementara itu, pengurusan jenazah dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kementerian kesihatan dan lokasi pengebumian telah dirahsiakan oleh ahli keluarga.
Terdahulu, Farida dilahirkan di Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia pada 21 Ogos 1952. Aktres itu terkenal kerana sering membintangi filem bergenre seram dan sangat sinonim dengan watak seorang nenek kebayan bernama Mak Lampir menerusi sinetron bersiri, Misteri Gunung Merapi yang ditayangkan selama tujuh tahun.
Korban banjir Brazil meningkat kepada 107 orang
10 Mei 2024 11:40amKuda terperangkap atas bumbung akibat banjir
10 Mei 2024 10:23amPempengaruh maut ditembak selepas muat naik makanan di media sosial
10 Mei 2024 09:40amHidup sebagai perempuan selama 27 tahun, rupa-rupanya...
10 Mei 2024 08:40amTiga 'kuda tua' UMNO jadi senjata di DUN KKB
09 Mei 2024 04:08pmRahsia suami pengasuh liwat kanak-kanak terbongkar
09 Mei 2024 05:05pmPemecatan salah: Bekas pengurus BNM peroleh ganti rugi lebih RM300,000
09 Mei 2024 06:12pmUmum keputusan SPM pada hari persekolahan - Ahmad Fadhli
10 Mei 2024 12:18am