Messi dilayang kad merah pertama

Messi dilayang kad merah pertama. -Foto Goal
Messi dilayang kad merah pertama. -Foto Goal
A
A
A

LIONEL Messi dilayangkan kad merah dan diarahkan keluar padang buat pertama kalinya sepanjang kariernya bersama Barcelona.

Lapor portal Goal, beliau kelihatan hilang pertimbangan pada penghujung permainan setelah Barca tewas 2-3 kepada Athletic Bilbao dalam final Supercopa de Espana awal pagi Isnin.

Messi menyarung jersi nombor 10, yang baharu pulih daripada kecederaan ringan dan kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama Barca, menerima kad merah pertamanya sepanjang 753 penampilan bersama kelab itu.

Selepas perlawanan berlangsung selama 119 minit, Messi dilihat mengasari Asier Villalibre dalam satu insiden tanpa bola hingga pengadil, Jesus Gil Manzani melayangkan kad merah selepas merujuk kepada video bantuan pengadil (VAR).

Pemain berusia 33 tahun itu kini berdepan kemungkinan akan digantung perlawanan untuk tempoh yang lebih panjang hingga dibawa ke saingan LaLiga berdasarkan pertimbangan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bolasepak Sepanyol (RFEF).

Penerimaan kad merah merupakan kali ketiga sepanjang karier selama 17 tahun Messi, di mana sebelum ini, beliau pernah diarahkan keluar padang sebanyak dua kali sewaktu mewakili Argentina.

Artikel Berkaitan: