X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan perlu beri penghargaan kepada tokoh industri, ekonomi negara

Datuk Seri Anwar Ibrahim
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan diminta untuk meningkatkan usaha dalam memberikan penghargaan kepada tokoh negara yang memberikan sumbangan dalam sektor industri dan ekonomi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha sedemikian perlu dilakukan kerana tokoh yang terlibat dalam sektor berkenaan merupakan individu yang memberikan sumbangan yang cukup besar kepada negara dan masyarakat.

“Kerajaan Malaysia harus tingkatkan usaha dalam menghargai tokoh besar negara terutamanya tokoh industri dan ekonomi yang menjadi penyumbang besar kepada negara, ekonomi dan masyarakat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pengiktirafan yang diterima oleh mendiang Tan Sri Dr B C Shekar dari kerajaan negeri Kerala, India yang telah menamakan sebuah universiti di sana dengan nama tokoh tersebut.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, pengiktirafan terhadap Sekhar adalah suatu pencapaian yang menggembirakan seluruh rakyat Malaysia.

“Saya sangat mengharapkan pandangan ini diberi perhatian oleh kerajaan. Saya ucap setinggi-tinggi tahniah buat keluarga mendiang Tan Sri Dr B C Sekhar atas pengiktirafan ini,” katanya.

Tangkap layar hantaran di Facebook Anwar Ibrahim pada Sabtu.
Tangkap layar hantaran di Facebook Anwar Ibrahim pada Sabtu.

Menurutnya, kepimpinan yang ditunjukkan Sekhar dalam industri getah dan minyak sawit telah melonjakkan Malaysia ke satu tahap ekonomi yang membanggakan dan menjadi antara penyumbang kepada usaha membasmi kemiskinan di negara.

“Sosok besar ini adalah figura yang telah saya kenali sejak lewat tahun 1970-an. Beliau boleh dikatakan antara sahabat yang akan saya rujuk untuk nasihat dan bertukar pandangan. Beliau adalah seorang nasionalis yang mampu melihat lebih dari sekadar persoalan ras atau agama.

“Kita pasti akan terinspirasi dengan pengiktirafan yang bukan kecil ini, dan ia memberi semangat dan kejituan tentang apa yang kita mampu sumbang pada negara sebagai rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Sekhar yang digelar sebagai 'Bapa industri getah Malaysia' merupakan tokoh yang menjadi pelopor kepada penubuhan institut kajian Palm Oil Research Institute of Malaysia (PORIM) yang sekarang dikenali sebagai Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!