Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga Tun Salleh Abas

Muhyiddin zahir ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Hakim Negara menerusi Facebook rasminya pada Sabtu.
Muhyiddin zahir ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Hakim Negara menerusi Facebook rasminya pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas yang meninggal dunia pada jam 3.20 pagi Sabtu di Hospital Sultanah Raja Nurzahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, Terengganu.

Muhyiddin berkata, kerajaan merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan Mohamed Salleh dalam memperkasa dan mengangkat integriti institusi kehakiman sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984 hingga 1988.

"Saya ingin menzahirkan rasa sedih atas pemergian Tun Dr Mohamed Salleh Abas, Bekas Ketua Hakim Negara yang telah kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi. Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham atas kehilangan orang tersayang. Semoga mereka tabah menghadapi detik yang mendukacitakan ini.

"Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin," katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Salleh Abas meninggal dunia

Khamis lalu, media melaporkan Allahyarham Mohd Salleh yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Bhd disahkan positif Covid-19 dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ serta berada dalam keadaan stabil.

Artikel Berkaitan: