X

Kindly register in order to view this article
!

A
A

TUK Seri Anwar Ibrahim minta semua ahli Parlimen tulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk batalkan perisytiharan darurat. Apakah ini Anwar’s move yang baharu?

Kita semua tahu Tan Sri Perdana Menteri dah checkmate semua musuh dan rakan sekelambunya, UMNO, kalau ikut istilah permainan catur. UMNO tak jangka tindakan itu. Parti pembangkang begitu juga. Semua terkejut beruk kata orang.

Kebanyakan rakyat Malaysia memang tak faham apa perlunya darurat. Mereka rasa undang-undang dan peraturan yang ada dah cukup untuk bendung wabak Covid-19.

Yang jadi punca merebak jangkitan itu ialah kerana dasar kerajaan dan kelalaian rakyat.

Tuk Seri Anwar kata Dewan Rakyat perlu bersidang demi perisytiharan darurat, soal Covid-19 dan keadaan ekonomi semasa.

Awang rasa Tuk Seri Anwar kena salahkan diri sendiri juga. Kalau betul Belanjawan 2021 tak tepati matlamat nak pulihkan ekonomi kenapa sokong juga? Patutnya dia ajak pembangkang tolak.

Rakyat pun tahu Tan Sri Perdana Menteri nak selamatkan parti, kerajaan dan dirinya.

Oleh sebab itu dia buat apa saja untuk jamin hal itu. Kalau dengan isytihar darurat dia dapat masa untuk kuatkan parti, kerajaan dan dirinya, itulah langkah yang sebaiknya.

Pembangkang yang salah strategi, UMNO pula terdiam tak tahu nak buat apa. Itulah pandainya Tan Sri Perdana Menteri.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!