X

Kindly register in order to view this article
!

Zahid gesa KPDNHEP ambil tindakan harga minyak masak naik

AHMAD ZAHID
A
A

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tindakan berhubung kenaikan harga barang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pelaksanaan darurat.

Menurutnya, ramai netizen sudah mula mengeluh dengan kenaikan harga minyak masak lima kilogram yang naik sehingga RM27.

“Dulu boleh dapat antara RM19 dan RM23. Saya baru semak, harga pasar raya pun RM28.59 untuk lima kilogram.

“Kalau betullah, memang kecewa dengan nasib yang menimpa rakyat. Rakyat tengah susah. Sudahlah PKP, ada pula darurat,” katanya menerusi Facebook beliau pada Jumaat.

Dalam hantaran sama, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut menyenaraikan kesusahan dialami rakyat.

Antaranya ialah pengangguran yang semakin meningkat, rakyat tidak mempunyai wang, bantuan PKP yang seolah-olah tiada dan moratorium yang tidak diperolehi kerana mempunyai pelbagai syarat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!