X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

Pesakit dan kakitangan hospital terperangkap dalam runtuhan

Seorang penduduk memeriksa runtuhan rumahnya akibat gempa bumi di Mamuju, Sulawesi Barat pada Jumaat. - Foto CNN
A
A

JAKARTA - Sejumlah pesakit dan kakitangan sebuah hospital terperangkap di bawah runtuhan sebuah hospital ekoran gempa bumi berukuran 6.2 magnitud di Pulau Sulawasi pada Jumaat, kata pihak berkuasa.

Dalam kejadian itu, seramai 26 orang dilaporkan terbunuh dan menyebabkan beberapa buah bangunan rosak teruk.

"Hospital itu ranap. Ia runtuh," kata Arianto dari sebuah agensi penyelamat di bandar Mamuju.

"Terdapat beberapa pesakit dan kakitangan hospital terperangkap dan kami cuba untuk menyelamatkan mereka," tambahnya tanpa memberikan butiran lanjut mengenai jumlah mangsa yang terperangkap.

Dalam pada itu, angka terkini akibat korban gempa bumi dilaporkan meningkat kepada 26 orang, kata Ali Rahman iaitu ketua sebuah agensi mengurangkan risiko bencana tempatan.

"Jumlah itu akan meningkat tetapi kami berharap ia tidak akan berlaku. Ramai yang terbunuh ditimbus di sebalik runtuhan," tambahnya.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berlaku kira-kira jam 2.18 pagi waktu tempatan.

Pusat gempa bumi terletak kira-kira 36 kilometer ke selatan Mamuju iaitu ibu negeri Sulawesi Barat. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Amaran gempa lebih kuat dan tsunami di Sulawesi Barat


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!