X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga maut, 24 cedera gempa bumi di Sulawesi

Gambar fail menunjukkan sebahagian stuktur bangunan sebuah pusat beli-belah runtuh di Palu, Sulawesi Tengah selepas satu gempa bumi kuat melanda kawasan itu pada September 2018. - Foto AFP
A
A

JAKARTA - Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan 24 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi sekuat 6.2 magnitud di Sulawesi Barat, Indonesia pada Jumaat, kata sebuah agensi bencana negara itu.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berlaku kira-kira jam 2.18 pagi waktu tempatan dengan kedalaman 18 kilometer (km).

Pusat gempa bumi terletak kira-kira 36 kilometer (km) ke selatan Mamuju iaitu ibu negeri Sulawesi Barat yang didiami kira-kira 110,000 penduduk.

"Tiga orang mati dan 24 lagi cedera," kata jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Raditya Jati kepada AFP.

Dalam kejadian itu ribuan orang bertindak melarikan diri untuk menyelamatkan diri selepas gempa bumi tersebut.

Sebuah hotel runtuh akibat gempa bumi itu.

Pada September 2018, gempa bumi sekuat 7.5 magnitud telah menyebabkan tsunami berlaku di Sulawesi Tengah sehingga mengakibatkan lebih 4,000 orang maut. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!