Mufti Menk terima suntikan pertama vaksin

SHAH ALAM - Pendakwah tersohor Ismail Menk atau lebih dikenali ramai sebagai Mufti Menk menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menerusi perkongsian beliau di laman sosial Instagram peribadinya pada Khamis, suntikan vaksin yang diperolehnya itu ialah keluaran Sinopharm di Hospital Ras al Khaimah (RAK) UAE.
“Bismillah. Dos pertama Sinopharm. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua daripada wabak ini dan semua jenis virus dan penyakit-penyakit lain. Amin,” ucapnya.
Beliau yang berasal dari Zimbabwe dan cukup terkenal di seluruh dunia termasuk dalam kalangan pengguna media sosial, membuktikan bahawa umat Islam tidak perlu was-was dengan suntikan tersebut.
Dalam pada itu, beliau juga memuat naik video berdurasi 7 saat membuktikan dirinya menjadi individu yang menerima suntikan vaksin dan ditonton lebih 629,837 tontonan sejak Khamis.
Sabtu lalu, Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz menerima suntikan vaksin Covid-19 sebaik sahaja bekalan vaksin selamat tiba dan diedarkan kepada 150,000 individu pertama di negara itu.
Awal tahun ini vaksin mula diedarkan di seluruh dunia dan ramai pemimpin dunia mula menerima suntikan itu.
Antaranya, Presiden Indonesia, Joko Widodo; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Presiden baharu Amerika Syarikat, Joe Biden dan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Varian Covid-19 KP.3.1.1 dominan di AS ketika jangkitan terus meningkat
21 Ogos 2024 10:00amKKM keluarkan perincian semakan semula SOP Covid-19
29 Jun 2024 03:36pmKKM pantau peningkatan kes Covid-19 di Singapura
19 Mei 2024 01:45pmKes Covid-19 di Pulau Pinang menurun
19 Januari 2024 01:14pmLelaki maut ditembak ketika makan di restoran
05 Januari 2026 09:11amBudak 6 tahun maut dicampak dari bumbung selepas dirogol berkumpulan
05 Januari 2026 07:00amInti pati perutusan Tahun Baharu 2026 PM Anwar
05 Januari 2026 01:08pmRembayung Khairul Aming, turut ganggu sistem restoran lain di luar negara
05 Januari 2026 04:59pm
