Segera permudahkan i-Sinar, moratorium, ulang Pemuda UMNO

Hantaran Facebook Asyraf Wajdi.
Hantaran Facebook Asyraf Wajdi.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki terus mengulangi desakan supaya kerajaan mempermudahkan bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN), pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tanpa syarat dan moratorium dilanjutkan.

Beliau berkata, adalah wajar perkara yang dituntut itu disegerakan kerana semua kemahuan kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah dipenuhi.

"Bajet sudah diluluskan, darurat sudah diperkenankan... maka wajarlah jika disegera dan dipermudahkan pula BPN, i-Sinar KWSP tanpa syarat dan lanjutan moratorium," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda UMNO tidak berdiam diri isu i-Sinar, moratorium

Segera pulihkan fungsi Perlembagaan sejurus darurat

Sementara itu, dalam ruangan komen pada hantaran sama, Asyraf Wajdi turut menyangkal dakwaan bahawa Pemuda UMNO hanya berjuang mengenai isu tersebut di laman sosial Facebook semata-mata.

Beliau sebaliknya berkata, perjuangan mengangkat suara rakyat dalam isu pengeluaran simpanan rakyat dalam KWSP dan lanjutan moratorium ini telah dilakukan sejak dari awal lagi.

Katanya, selain bersuara di Facebook yang mendapat perhatian kerajaan, Pemuda UMNO telah berusaha pelbagai cara termasuk menghantar memorandum kepada kerajaan, berdialog bersama Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, melobi melalui menteri-menteri UMNO dan menghantar memorandum kepada Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Artikel Berkaitan:

"Cuma satu sahaja yang masih tidak berjaya. Tiga kali janji temu untuk bertemu dengan CEO KWSP dibatalkan pada saat akhir dan sehingga hari ini masih belum dapat masa dan tarikh baharu walaupun dijanjikan beberapa kali," katanya.