Doktor veterinar tanam beg heroin dalam tubuh anjing dipenjara enam tahun

Andrew Lopez Elorez dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas disabit bersalah menanam beg cecair heroin ke dalam tubuh anak anjing untuk diseludup ke AS.
Andrew Lopez Elorez dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas disabit bersalah menanam beg cecair heroin ke dalam tubuh anak anjing untuk diseludup ke AS.
A
A
A

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang doktor veterinar warga Colombia yang menanam beg berisi cecair heroin ke dalam tubuh sembilan ekor anak anjing untuk diseludup ke Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman penjara enam tahun, semalam.

Andrew Lopez Elorez, 39, akan dihantar pulang selepas hukumannya selesai, kata pendakwa raya persekutuan di Brooklyn.

"Elorez menyalahgunakan kepakarannya untuk menyembunyikan heroin di dalam tubuh anak anjing sebagai sebahagian daripada taktik untuk mengimport bahan narkotik berbahaya ke AS," kata Richard Donoghue, Peguam Negara untuk Daerah Timur New York.

Menurut pendakwa raya, Elorez melakukan perbuatan itu antara tahun 2004 dan 2005 di sebuah ladang yang disewa di Medellin, Colombia.

Difahamkan, semasa serbuan di ladang tersebut pada 2005, pihak berkuasa merampas 17 beg cecair heroin yang beratnya hampir tiga kilogram.

Ia termasuk 10 beg yang dikeluarkan daripada tubuh anak anjing di ladang tersebut.

Tiga daripada anak anjing itu mati selepas mengalami jangkitan.

Elorez adalah individu diburu sebelum ditahan di Sepanyol pada 2015.

Artikel Berkaitan:

Dia diekstradisi ke AS pada Mei tahun lalu dan membuat pengakuan bersalah pada September. - Reuters

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!