Pemandu maut, 3 ahli keluarga cedera ringan

Anggota polis mengangkat mayat mangsa kemalangan di Simpang Tiga Pulau Kambing malam tadi.
Anggota polis mengangkat mayat mangsa kemalangan di Simpang Tiga Pulau Kambing malam tadi.
A
A
A

BACHOK - Pemandu kereta Proton Iswara meninggal dunia sementara tiga anggota keluarganya hanya mengalami cedera ringan dalam kemalangan di Simpang Tiga Pulau Kambing, malam tadi.

Mangsa, Noor Hassan Ismail, 48, berasal dari Kampung Berchang, Bukit Panau, Tanah Merah meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Nik Aminudin Raja Abdullah berkata, nahas berlaku sekitar jam 11.10 malam.

Katanya, mangsa yang memandu dari arah Melawi ke Tok Bali tidak sempat mengelak sebuah kereta pacuan empat roda jenis Isuzu dari arah bertentangan yang membelok secara membelok secara mengejut.

"Pacuan empat dari arah bertentangan memasuki simpang secara mengejut yang menyebabkan mangsa gagal.mengelak.

"Ada kesan brek kereta mangsa tetapi kereta itu terus merempuh bahagian kiri pacuan empat roda berkenaan," katanya.

Nik Aminudin berkata, mangsa mengalami kecederaan muka dan dada.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Pasir Puteh untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: