13 individu didenda langgar SOP Covid-19

Kesemua mereka masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. - Foto fail Bernama
Kesemua mereka masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. - Foto fail Bernama
A
A
A

LABUAN - Seramai 13 individu dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di premis makanan, di sini malam Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Labuan, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, kesemua mereka berusia antara 28 dan 48 tahun itu masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Beliau berkata, 11 individu tersebut didapati gagal mematuhi penjarakan fizikal di premis terbabit dan dua lagi gagal mendaftar masuk aplikasi MySejahtera bagi pengesanan kontak sebelum masuk ke premis tersebut.

Beliau berkata, mereka yang gagal menjelaskan kompaun akan didakwa di mahkamah.

“Kami mempunyai 12 pasukan pemantau SOP Covid-19 sepanjang masa di pusat bandar dan kawasan rekreasi di sini,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: