Mayat pelajar insiden bot terbalik ditemui

Mayat pelajar dikenali sebagai Nur Zakirah Ahmad Hussin dari Kampung Betong, Kuala Lipis ditemui terapung oleh penduduk kampung kira-kira jam 11 kilometer (km) dari tempat kejadian.
Mayat pelajar dikenali sebagai Nur Zakirah Ahmad Hussin dari Kampung Betong, Kuala Lipis ditemui terapung oleh penduduk kampung kira-kira jam 11 kilometer (km) dari tempat kejadian.
A
A
A

LIPIS - Mayat seorang pelajar dipercayai mati lemas selepas bot dinaikinya bersama keluarga terbalik ditemukan berhampiran Jambatan Keretapi Bukit Betong dekat Kuala Sungai Tanun, pada Jumaat.

Mayat pelajar berkenaan dikenali sebagai Nur Zakirah Ahmad Hussin,19, dari Kampung Betong, Kuala Lipis ditemui terapung oleh penduduk kampung kira-kira jam 11 pagi Jumaat iaitu 11 kilometer (km) dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 12.45 tengah hari tadi (Jumaat)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini mayat ibunya, Rozi Omar, 52, ditemukan kira-kira 100 meter dari tempat kejadian pada Selasa lalu.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, bot yang dinaiki dua beranak itu bersama dua ahli keluarga mereka terbalik akibat arus deras di Sungai Jelai berhampiran jambatan gantung Kampung Bertang di sini.

Dua penumpang yang terselamat ialah bapa Nur Zakirah, Ahmad Hussin Mad Aris, 52, dan seorang lagi ialah Nur Aina, 23, yang juga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka.

Artikel Berkaitan: