Covid-19 melonjak kepada 3,027 kes, tertinggi setakat ini

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Malaysia merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi baharu iaitu sebanyak 3,027 kes dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 128,465 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes Covid-19 yang sembuh bagi tempoh sama adalah sebanyak 2,145 kes yang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 102,723 kes atau 79.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 25,221 kes," katanya pada sidang akhbar perkembangan harian Covid-19 di sini pada Khamis.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan pada Khamis, empat merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

"Johor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,103 kes, diikuti Selangor sebanyak 706 kes dan Sabah merekodkan sebanyak 493 kes.

"Lapan kematian Covid-19 dilaporkan pada Khamis menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 521 kes atau 0.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Beliau berkata, tiga kematian dilaporkan di Selangor, sementara Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang merekodkan satu kes masing-masing.

"Kesemua kematian melibatkan warganegara Malaysia berusia 38 hingga 81 tahun," katanya.

Artikel Berkaitan: