X

Kindly register in order to view this article
!

Annuar diganti sebab banyak aduan UMNO Bahagian

KHALED
A
A

SHAH ALAM – Tan Sri Annuar Musa digantikan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) adalah disebabkan banyak aduan yang dibuat oleh bahagian UMNO terhadapnya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia bukan soal mengenai UMNO mahu bekerjasama dengan DAP tetapi tindakan Ahli Parlimen Ketereh itu bertindak seolah-olah mewakili parti lain sebagai Setiausaha Agung.

“Dan bukan dipecat, (tetapi) ditukarkan dan balik kepada amalan biasa iaitu Setiausaha Agung BN adalah juga Setiausaha Agung UMNO,” katanya ketika menjadi panel dalam 'Wacana Intelektual: Politik dan Demokrasi di Malaysia 2021: Apa Akan Terjadi?' anjuran Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Khamis.

Wacana itu dikendalikan oleh Shuhaimi Mohamed sebagai moderator dan menampilkan beberapa penganalisis politik iaitu Profesor Madya Dr Mohd Mahadee Ismail, Profesor Datuk Dr Ismail Sualman dan Profesor Madya Dr Hamidin Abd Hamid.

Sebelum ini, media melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Setiausaha Agung BN yang baharu menggantikan Annuar berkuat kuasa serta merta.

Annuar dalam sidang akhbarnya pada Rabu menyatakan UMNO kini bersiap untuk bekerjasama dengan DAP untuk membentuk kerajaan baharu dan menyatakan terdapat surat dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi parti itu menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ARTIKEL BERKAITAN UMNO bekerjasama dengan DAP untuk bentuk kerajaan baharu, kata Annuar

Annuar dedah pemimpin UMNO keluar surat sokongan kepada Anwar

Kerjasama UMNO-DAP: Najib nafi dakwaan Annuar

Sementara itu, Khaled berkata, tidak timbul kerjasama dengan DAP kerana dari segi prinsip dan ideologi UMNO dan DAP adalah jauh.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, andaian mahu bekerjasama dengan DAP dan PKR juga adalah salah dan tidak tepat.

“Sebagai orang politik, kita boleh jumpa siapa sahaja. Sama ada orang itu berpihak pada kita atau tidak, kita matang berpolitik. Tapi yang akan menentukan kita boleh bekerjasama atau tidak bergantung daripada segi prinsip, persefahaman dan matlamat parti politik itu,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!