Dana RM90 juta: Nik Abduh, Husam, Nasharudin dipanggil beri keterangan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz antara yang dipanggil bagi memberi keterangan mengenai dana RM90 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Turut dipanggil Pengerusi PH Kelantan, Datuk Husam Musa dan bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.

Difahamkan mereka akan memberi keterangan di SPRM Kelantan dan Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Semalam Timbalan Ketua Pesuruhjaya Bahagian Operasi, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan pihaknya sudah memulakan siasatan berhubung kes tersebut dan sedang mendapatkan beberapa dokumen yang berkaitan daripada pihak bank.

Kes tersebut mendapat perhatian apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik saman fitnah yang difailkan di Mahkamah Tinggi di London pada 21 April 2017.

Saman itu dibuat ekoran pendedahan portal berita, Sarawak Report pada Ogos 2017 yang mendakwa dana berjumlah RM90 juta dipercayai dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan Pas bagi menarik sokongan mereka terhadap Umno dan BN.

Artikel Berkaitan: