Jadikan kisah duka Adib sebagai pengajaran buat semua

Tabung #Pray4AdibKassim
Tabung #Pray4AdibKassim
A
A
A

PUTRAJAYA - Kejadian yang menimpa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim perlu dijadikan sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya kejadian serupa tidak berulang di masa hadapan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, ini kerana Malaysia yang selama ini aman dan harmoni tidak seharusnya diganggu gugat oleh sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap situasi yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25.

“Biarlah insiden yang menyedihkan hati banyak pihak menyedarkan kita rakyat Malaysia untuk mengelak suasana yang tidak sihat berterusan di kalangan kita.

“Berpuluh tahun kita membina Malaysia dengan baik dan aman. Marilah kita terus memelihara keharmonian berbagai agama dan bangsa dengan menjaga kata-kata serta perbuatan kita,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, situasi ganas seperti yang berlaku itu tidak akan tercetus begitu sahaja tanpa pembakar perasaan yang membolehkan terledaknya perbuatan kasar.

Justeru katanya, rakyat Malaysia perlu tunjukkan kepada para penghasut dan perosak bahawa tidak semudah itu rakyat diperangkap dalam politik kebencian yang cuba di semai.

“Masa depan anak dan cucu kita di negara yang di cintai ini terlalu berharga dan cerah potensinya untuk di musnahkan oleh penghasut-penghasut yang tidak bertanggung jawab ini,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Menteri kecam tindakan perusuh]

[ARTIKEL BERKAITAN: Muhammad Adib ditarik dari jentera ketika pasukan berundur]

Artikel Berkaitan:


Dalam perkembangan sama, Raja Kamarul turut meluangkan masa melawat Muhammad Adib yang di rawat di sebuah hospital swasta di Subang Jaya selepas mengalami kecederaan dipukul perusuh ketika melakukan operasi memadamkan kebakaran, semalam.

“Walaupun berdukacita atas situasi kecederaan ke atas Muhammad Adib, keluarga beliau kelihatan tenang dan bersabar menghadapi dugaan tersebut.

“Pihak keluarga beliau dan juga kami dari kementerian akan mengadakan solat hajat secara beramai-ramai untuk keselamatan dan kepulihan beliau,” katanya.

Ketika ini, Mohammad Adib sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

[ARTIKEL BERKAITAN: Adib telah dibawa ke IJN]