X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan minta penduduk berisiko peka isu banjir

Tuan Ibrahim Tuan Man
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan menasihatkan agar penduduk di kawasan yang berisiko berlaku banjir sentiasa peka dengan maklumat ramalan kaji cuaca dan amaran banjir.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penduduk perlu peka dengan ramalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) tersebut.

“Dalam tempoh 4 hari tahun 2021, kejadian banjir telah berlaku di 94 lokasi di seluruh negara, jadi semua penduduk terutamanya di kawasan yang terdedah dengan risiko berlaku banjir adalah dinasihatkan supaya sentiasa peka.

“Maklumat hidrologi seperti data hujan dan aras air serta maklumat ramalan dan amaran banjir dikemaskini secara ‘real-time’ di laman web http://publicinfobanjir.water.gov.my/.

“Melalui laman web ini, orang ramai boleh memperolehi maklumat ramalan dan amaran banjir dua hari lebih awal di lokasi-lokasi terpilih,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut memaklumkan bahawa orang ramai boleh mengakses maklumat tersebut melalui aplikasi mudah alih MyPublic InfoBanjir.

Selain itu, katanya, maklumat mengenai ramalan cuaca dan amaran banjir tersebut juga sentiasa dikemaskini di platform media sosial Facebook Malaysiamet dan Public Info Banjir serta Twitter JPS_InfoBanjir.

Beliau juga mengharapkan agar orang ramai sentiasa mengambil serius berkaitan maklumat yang dikeluarkan dan mengambil langkah berjaga-jaga seperti bersedia untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!