Kakitangan awam Kelantan dapat tambahan bantuan khas RM400

Ahmad menyerahkan hasil karya beliau kepada Nazran (kanan) sempena Amanat Khas Tahun Baharu 2021 dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu pada Selasa.
Ahmad menyerahkan hasil karya beliau kepada Nazran (kanan) sempena Amanat Khas Tahun Baharu 2021 dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan pemberian tambahan bantuan khas sebanyak RM400 lagi kepada setiap penjawat awam negeri ini.

Penambahan itu menjadikan kesemua 6,854 penjawat awam negeri ini akan menerima bantuan berjumlah RM1,000 setiap seorang dan pembayaran keseluruhannya dibuat pada 21 Januari ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan berita baik tersebut sempena Amanat Khas Tahun Baharu 2021 dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini pada Selasa.

Ahmad berkata, pemberian tambahan berkenaan berikutan prestasi kewangan tahun 2020 menunjukkan akaun semasa kerajaan negeri mencatatkan kedudukan lebihan sebanyak RM45.44 juta.

Ahmad menyerahkan hasil karya beliau kepada Nazran (kanan) sempena Amanat Khas Tahun Baharu 2021 dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu pada Selasa.
Ahmad menyerahkan hasil karya beliau kepada Nazran (kanan) sempena Amanat Khas Tahun Baharu 2021 dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu pada Selasa.

“Dengan pencapaian surplus sebanyak empat tahun berturut-turut, maka sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam atas komitmen kerja keras, dengan ini kerajaan negeri bersetuju memberi bantuan tambahan sebanyak RM400 lagi.

“Tidak terkecuali lantikan politik juga menerima tambahan iaitu daripada RM300 kepada RM500 setiap seorang.

“Semoga pemberian ini menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang cemerlang bagi tahun yang akan datang,” katanya dalam amanatnya itu.

Artikel Berkaitan:

Pada majlis tersebut juga Ahmad merasmikan buku yang dihasilkan oleh beliau bertajuk 'Ibtila’ Hikmah dan Pengajaran'.

Hadir sama pada majlis itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdullah Ya’kob dan Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad.

Pada November lalu, kerajaan negeri Kelantan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan (Belanjawan) di Kompleks Kota Darul Naim di sini mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM600 kepada kakitangan awam, selain RM300 untuk lantikan politik.

Lantikan politik iaitu membabitkan penghulu, kakitangan pegawai halaqah, guru al-Quran dan fardu ain, guru sekolah pondok dan sebagainya.