Penggangur ditahan bersama 6,000 biji pil kuda

Suzaimi (tengah) menunjukkan bekalan dadah yang berjaya dirampas pihaknya dalam serbuan malam Isnin lalu.
Suzaimi (tengah) menunjukkan bekalan dadah yang berjaya dirampas pihaknya dalam serbuan malam Isnin lalu.
A
A
A

TANAH MERAH - Seorang penggangur ditahan bersama dadah jenis pil kuda bernilai hampir RM100,000 dalam satu serbuan yang dijalankan di kawasan Manal di sini, malam İsnin lalu.

Operasi dijalankan pada jam 8.30 malam itu, melibatkan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Bahagian Jenayah dan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Tanah Merah, ke atas seorang lelaki Melayu yang ketika itu berada di kawasan tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, hasil pemeriksaan terhadap tubuh badan suspek, pihaknya menemui 34 biji pil berwarna merah disyaki pil kuda dalam poket seluar suspek dan turut menemui 30 peket plastik biru mengandungi pil dalam beg sandang yang dibawa lelaki itu dengan anggaran berat keseluruhan 660 gram.

“Kita tahan lelaki itu termasuk merampas barangan kes berjumlah 6,000 biji pil kuda untuk tindakan lanjut dan melalui hasil ujian saringan terhadap suspek, kita dapati dia positif dadah Methamphetamine.

“Hasil dari tangkapan itu juga, kita turut menyita sebuah motosikal jenis Demak Evo Z dan wang tunai bernilai RM 2,500 untuk tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya(ADB)(Perlucuthakan Harta)1988,” katanya.

Artikel Berkaitan:


Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di IPD Tanah Merah di sini hari ini.