Gua Musang dilanda banjir

Keadaan banjir di Kampung Batu 1 di daerah Gua Musang yang menyebabkan ramai penduduk terperangkap.
Keadaan banjir di Kampung Batu 1 di daerah Gua Musang yang menyebabkan ramai penduduk terperangkap.
A
A
A

GUA MUSANG - Taburan hujan yang agak lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa kawasan rendah di daerah ini mula ditenggelami banjir pada malam Ahad.

Aplikasi InfoBencanaBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 8 pagi tadi memaklumkan, seramai 296 mangsa telah dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir.

Menurut aplikasi itu, dua PPS itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra 1 dan Balai Raya Kampung Batu Papan.

"PPS SMK Indra Petra 1 menempatkan 279 mangsa yang terdiri dari 68 buah keluarga, sementara Balai Raya Kampung Batu Papan melibatkan 17 orang sahaja," katanya.

Sementara itu, paras air Sungai Galas di Limau Kasturi sudah melepasi tanda bahaya iaitu 59.65 meter setakat jam 5 pagi menurut laporan laman sesawang Infobanjir.water.gov.my manakala Sungai Lebir di Kuala Koh pula masih berada pada paras normal.

Dalam perkembangan lain, Komander Operasi, Pegawai Bomba Alias Dollah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis pada jam 11.05 malam Ahad memaklumkan ada penduduk terperangkap banjir di Kampung Batu 1.

Beliau berkata, sepasukan anggota telah bergegas ke lokasi dan seramai enam orang mangsa diselamatkan.

"Sementara itu, selebihnya mangsa telah keluar sendiri ke tempat selamat sebelum dibawa ke PPS SMK Indra Petra 1," katanya.

Artikel Berkaitan: