UMNO Terengganu lulus usul tolak kerjasama dengan Bersatu

Kenyataan media dikeluarkan Badan Perhubungan UMNO Terengganu pada Ahad.
Kenyataan media dikeluarkan Badan Perhubungan UMNO Terengganu pada Ahad.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Lapan bahagian UMNO Terengganu sebulat suara meluluskan usul menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi Mesyuarat Perwakilan UMNO yang berlangsung pada Sabtu.

Perkembangan diumumkan menerusi satu kenyataan dikeluarkan Badan Penerangan UMNO Terengganu pada Ahad itu disahkan Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Din Adam.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat lapan bahagian UMNO yang turut disertai Wanita, Pemuda dan Puteri melibatkan Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut meluluskan usul berkenaan.

Beliau berkata, UMNO Terengganu akan menyerahkan usul tersebut secara rasmi kepada Jawatankuasa Usul UMNO Malaysia dalam tempoh terdekat.

"Dalam masa yang sama, UMNO Terengganu akan terus berkhidmat untuk membantu rakyat yang kini terjejas akibat pandemik Covid-19.

"Kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang diperjuangkan sejak sekian lama," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO Terengganu tetap enggan kerjasama Pas pada PRU15

Artikel Berkaitan: