Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat

Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat mendadak mencecah 1,000 orang daripada 274 keluarga setakat jam 4 petang pada Sabtu.
Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat mendadak mencecah 1,000 orang daripada 274 keluarga setakat jam 4 petang pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat mendadak mencecah 1,000 orang daripada 274 keluarga setakat jam 4 petang pada Sabtu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding 348 mangsa banjir pada jam 12 tengah hari.

"Susulan itu sembilan lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menjadikan jumlah masih aktif iaitu 14 di empat daerah. Daerah terbabit ialah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang dan Kulai.

"Kesemua mangsa banjir yang dipindahkan membabitkan 18 buah kampung yang terjejas bencana banjir dan sebuah Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Sam Poh di sini," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Johor Bahru merupakan daerah yang terjejas teruk akibat banjir melibatkan 690 mangsa daripada 189 keluarga dipindahkan ke enam PPS.

Punca banjir melanda negeri ini berpunca daripada hujan sederhana lebat yang berpanjangan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.
Punca banjir melanda negeri ini berpunca daripada hujan sederhana lebat yang berpanjangan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

Vidyananthan berkata, Kota Tinggi pula merekodkan 188 mangsa banjir daripada 53 keluarga diikuti Kulai dengan 99 mangsa daripada 25 keluarga dan Kluang membabitkan 23 mangsa daripada tujuh keluarga.

Bencana banjir katanya, menjejaskan penduduk di Kampung Laut Batu 10, Kampung Laut dan Lorong Aris Batu 8, Skudai; Kampung Sentosa Barat dan Kampung Sentosa Damai, Pasir Gudang; Kampung Paya Kenangan, Kampung Pasir, Kampung Kangkar Tebrau dan Kampung Sungai Tiram.

Artikel Berkaitan:

Turut terjejas Kampung Yap Tau Sah, Kluang; Kampung Bukit Raja dan Kampung Lepau, Pengerang; Kampung Sri Delima, Kampung Sri Jaya, Kampung Muhibbah dan Kampung Sedili Kechil, Kota Tinggi serta Kampung Sungai Siam dan Kampung Jaya Sepakat, Kulai.

"Punca banjir melanda negeri ini berpunca daripada hujan sederhana lebat yang berpanjangan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

"Sebuah laluan di Jalan Pengerang-Kota Tinggi terpaksa ditutup sementara setelah ditenggelami air akibat banjir," katanya.