X

Kindly register in order to view this article
!

TFC rekrut bekas pemain Aston Villa

Herd menandatangani kontrak dengan TFC selama setahun.
A
A

DESAS-desus mengenai kehadiran pemain import kelahiran Melbourne Australia, Christopher Herd dalam pasukan Terengganu FC (TFC) akhirnya terjawab apabila pemain itu sah menyertai skuad Penyu musim ini.

TFC dalam kenyataan memaklumkan Herd yang berusia 31 tahun telah menandatangani kontrak selama setahun dengan skuad Penyu bagi memperkuat benteng pertahanan sebagai persediaan mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) dan cabaran lebih besar iaitu Piala AFC.

"Sebagai pemain berpengalaman luas dengan aksi tertinggi bersama skuad kebangsaan Australia dan juga Aston Villa di Liga Perdana Inggeris (EPL), kehadiran Herd diharap dapat memperkemas kubu pertahanan kami.

"Selain itu, kemampuannya yang versatil iaitu mampu beraksi di beberapa posisi lain juga menjadikan beliau pilihan tepat untuk bersama TFC musim ini," menurut kenyataan itu.

Selain pernah menyarung jersi selama lima tahun bermula 2010 dengan Aston Villa, Herd juga pernah menyertai beberapa kelab lain di England seperti Port Vale, Lincoln City, Bolton Wanderers, Wigan Athletic dan terakhir bersama pasukan Sheikh Russel Bangladesh sebelum menyertai TFC.

Herd yang memiliki ketinggian 1.73 meter itu adalah pemain import ketiga menyertai skuad TFC selepas Petrus Shitembi, pemain berasal dari Namibia yang sebelum ini beraksi bersama pasukan Sabah dan Carli de Murga, bekas pemain pasukan Liga Satu Thailand, Chonburi FC, yang berasal dari Filipina dan berdarah kacukan Sepanyol. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!