Isu dana RM90 juta: PH terdesak!

Saiful Adli (lima, kanan) menyampaikan kunci rumah Dhuafat kepada Hasrul, hari ini.
Saiful Adli (lima, kanan) menyampaikan kunci rumah Dhuafat kepada Hasrul, hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU – Kekalahan dalam PRK Cameron Highlands menyebabkan PH terdesak mengitar semula isu dana RM90 juta bagi menjatuhkan kredibiliti Pas.

ADUN Salor, Saiful Adli Abu Bakar berkata, PH sepatutnya malu untuk menghangatkan kembali isu tersebut, kononnya ia disalurkan oleh Umno.

Menurutnya, ini menunjukkan PH cemburu dengan kerjasama oleh orang Melayu sesama Islam hari ini.

“Mereka tidak malu ke, memainkan balik isu lama, sebab bagi saya ia dah lapuk, rakyat juga dah jemu.

“Walhal perkara tersebut sepatutnya sudah lama disiasat, sekiranya ia benar-benar berlaku,” katanya, selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Dhuafat Dun Salor, hari ini.

Dalam majlis itu, beliau menyampaikan kunci rumah baharu kepada Mohd Nawawi Awang di Kampung Lubuk Jambu dan Hasrul Che Seman di Kampung Aur Duri.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan selamat datang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia susulan SPRM mahu menyiasat dakwaan parti itu menerima dana RM90 juta, yang disyaki daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM siasat kes Pas terima dana RM90 juta