Konflik Ukraine-Rusia mampu cetus perang

Petro Poroshenko
Petro Poroshenko
A
A
A

KIEV - UKRAINE. Presiden Ukraine, Petro Poroshenko memberi amaran ancaman perang besar-besaran ekoran tindakan Rusia meningkatkan kehadiran tenteranya di sempadan yang dikongsi kedua-dua jiran bekas Kesatuan Soviet itu.

“Ukraine dalam ancaman perang besar dengan Rusia,” katanya dalam temubual dengan saluran televisyen tempatan, semalam.

Memetik laporan perisikan, Poroshenko berkata,bilangan tentera Rusia yang ditempatkan di sepanjang sempadan kedua-dua negara kini bertambah manakala jumlah kereta kebal di pihak Moscow meningkat tiga kali ganda.

Tentera Rusia merampas tiga kapal milik Ukraine di luar pantai Crimea Ahad lalu dan menahan 24 kelasi negara itu yang didakwa menceroboh perairan mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rusia 'paksa' kelasi Ukraine beri kenyataan palsu]

Artikel Berkaitan:


[ARTIKEL BERKAITAN: Trump mungkin batal bertemu Putin]

Kiev menuntut pembebasan kelasi berkenaan dan menggesa sekutu Baratnya mengenakan sekatan ke atas Moscow. - AFP